Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH PINDAH PUSAT PENTADBIRAN OPERASI MADINAH, LEBIH HAMPIR DENGAN MASJID NABAWI

DALAM NEGARA

TH PINDAH PUSAT PENTADBIRAN OPERASI MADINAH, LEBIH HAMPIR DENGAN MASJID NABAWI

Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah Affandi Abdullah berkata kedudukan bangunan ini yang hampir dengan Masjid Nabawi, serta dilengkapi kemudahan moden termasuk dapur dan restoran yang lebih selesa, dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan operasi.

MADINAH: Pusat Pentadbiran Operasi Madinah Tabung Haji bagi musim 1447H kini beroperasi di lokasi baharu iaitu Hotel Zaha Taiba.

Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah Affandi Abdullah berkata kedudukan bangunan ini yang hampir dengan Masjid Nabawi, serta dilengkapi kemudahan moden termasuk dapur dan restoran yang lebih selesa, dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan operasi.

“Bangunan pentadbiran ini menempatkan pelbagai unit penting seperti Pejabat Pengarah Operasi Madinah, Pejabat Operasi Perubatan, Unit Pentadbiran, Bilik Maklumat Operasi, Unit Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan serta Unit Pengelola Jemaah Haji (PJH).

“Dengan kemudahan yang lebih lengkap serta lokasi strategik yang lebih dekat dengan Masjid Nabawi, Operasi Haji Madinah 1447H dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan teratur, seterusnya memastikan kebajikan serta keselesaan jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara,” katanya.

Sementara itu Pasukan Petugas TH Madinah telah bersiap sedia menyambut ketibaan kesemua 31,600 jemaah Malaysia di sini untuk mengerjakan ibadah haji bagi 1447H/2026M.

TH menempatkan petugas di setiap zon, melibatkan petugas kewangan, kaunseling, kesihatan dan khidmat pelanggan.

“Sebanyak 75 petugas yang membabitkan 40 petugas kebajikan dan 35 petugas perubatan telah tiba awal di Madinah pada 12 April lepas bagi memastikan kelancaran pergerakan jemaah kekal efisien,” katanya di sini pada Ahad.

Bagi musim haji kali ini, beliau berkata TH menyediakan tiga bangunan penginapan untuk jemaah Malaysia di Madinah, iaitu Emaar Royal Hotel Madinah, Anwar Al Madinah Movenpick, dan Hotel Emaar Elite.

“Hotel Emaar Elite merupakan bangunan baharu yang terletak hanya kira-kira 150 meter dari Masjid Nabawi yang akan menempatkan lebih 6,800 jemaah tahun ini,” katanya.

Affandi berkata jumlah kekuatan petugas haji di Madinah pada tahun ini adalah sebanyak 152 orang daripada keseluruhan 564 petugas bagi musim ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading