Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MAUT TERSEPIT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERSEPIT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

Seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan dipandunya dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam pagi tadi.

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga tempatan meninggal dunia akibat tersepit dalam kenderaan dipandunya dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Bukit Kemuning, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10:27 pagi tadi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori treler, sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warga tempatan yang merupakan pemandu kenderaan pacuan empat roda telah tersepit dan berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mangsa terlibat kemalangan tersebut telah disahkan meninggal oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading