Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PIHAK TIDAK HORMAT JALUR GEMILANG

UTAMA

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PIHAK TIDAK HORMAT JALUR GEMILANG

Pihak berkuasa perlu meneliti setiap kes ketidakpatuhan dalam pemasangan Jalur Gemilang, termasuk bendera yang tidak lengkap atau tidak mengikut spesifikasi.

PUTRAJAYA: Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang tidak menghormati Jalur Gemilang bagi memastikan maruah serta lambang negara terus dipelihara.

Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Datuk Dr Roslan Hussin berkata, pihak berkuasa perlu meneliti setiap kes ketidakpatuhan dalam pemasangan Jalur Gemilang, termasuk bendera yang tidak lengkap atau tidak mengikut spesifikasi.

Menurutnya, tindakan mengikut peruntukan undang-undang perlu diambil sekiranya terdapat kesalahan bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang.

“Mereka (penguat kuasa) mesti meneliti perkara ini dan kalau perlu, kena diambil tindakan undang-undang, jangan biarkan.

“Kalau orang buang sampah kita boleh ambil tindakan, apatah lagi kalau meletakkan nilai kenegaraan melalui bendera Malaysia (secara tidak betul),” katanya kepada pemberita selepas Program Khas Aku Kasih Malaysia: Kesejahteraan Dinikmati di sini, hari ini.

Roslan berkata, Jalur Gemilang merupakan lambang utama kecintaan rakyat terhadap negara dan sewajarnya diberikan perhatian serius oleh setiap warga Malaysia.

“Tidak kira sama ada penjawat awam ataupun tidak, asalkan rakyat Malaysia perlu menjaga lambang negara dengan baik kerana itu maruah kita,” katanya.

Beliau berkata, langkah penguatkuasaan penting sebagai pelengkap kepada usaha kesedaran yang dilaksanakan AKM dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, AKM akan terus memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga lambang negara serta aspek kenegaraan.

“AKM sangat berharap agar pihak tertentu memberikan perhatian serius terhadap perkara ini,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading