Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DAKWA TERUS JIKA BUKTI KES TABUNG HAJI MENCUKUPI – PEGUAM

UTAMA

DAKWA TERUS JIKA BUKTI KES TABUNG HAJI MENCUKUPI – PEGUAM

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpandangan tindakan pendakwaan terhadap pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lembaga Tabung Haji perlu disegerakan sebaik sahaja bukti mencukupi diperoleh bagi memulihkan keyakinan rakyat dan pendeposit terhadap institusi itu.

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas termasuk pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu disegerakan sebaik sahaja bukti yang mencukupi diperoleh.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan undang-undang tanpa mengira kedudukan individu terbabit penting bagi memastikan syor dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH diterjemahkan kepada tindakan yang sewajarnya.

Beliau berkata, langkah itu juga mampu memulihkan keyakinan pendeposit terhadap institusi berkenaan.

“Apabila telah selesai mana-mana siasatan dan kalau ada keputusan rasmi serta cukup keterangan, maka untuk menambahkan keyakinan rakyat dan membuat syor RCI itu jadi zahir, tindakan jenayah perlu diambil serta-merta tanpa mengira siapakah individu berkenaan.

“Itu yang rakyat nak tengok. Lagi awal kita boleh selesaikan perkara ini dan bawa ke mahkamah kalau ada bukti-bukti yang cukup, rakyat akan bertambah yakin,” katanya kepada Bernama.

Mohamed Haniff Khatri, yang pernah terlibat dalam prosiding RCI, bagaimanapun menjelaskan bahawa tindakan pendakwaan terhadap sesuatu kes tidak bermakna keseluruhan siasatan berkaitan laporan berkenaan telah selesai. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading