Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WANITA MAUT AKIBAT TERSEPIT, KEMALANGAN MELIBATKAN LORI DAN VAN

DALAM NEGARA

WANITA MAUT AKIBAT TERSEPIT, KEMALANGAN MELIBATKAN LORI DAN VAN

Kemalangan membabitkan van jenis Toyota dan lori Isuzu. Terdapat enam mangsa berada di dalam van berkenaan.

KLUANG:  Seorang wanita maut manakala lima yang lain termasuk tiga kanak-kanak dan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Kilometer 55.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.13 tengah malam.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi sejauh 51 kilometer sebaik menerima maklumat sebelum tiba pada 12.54 tengah malam.

“Kemalangan membabitkan van jenis Toyota dan lori Isuzu. Terdapat enam mangsa berada di dalam van berkenaan.

“Lima daripada penumpang van yang cedera, iaitu seorang lelaki dewasa, seorang lelaki OKU, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Beliau berkata, seorang wanita yang merupakan pemandu van berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di bahagian pemandu sebelum mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas penyelamatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut, manakala kesemua mangsa yang cedera diberikan rawatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu, pemandu lori Isuzu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading