Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAZRAOUI MAHU HAFAZ AL-QURAN SELEPAS PIALA DUNIA

SUKAN

MAZRAOUI MAHU HAFAZ AL-QURAN SELEPAS PIALA DUNIA

Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk menghafaz al-Quran selepas Piala Dunia FIFA 2026 kerana berasa malu dengan jumlah surah yang mampu dibacanya ketika menunaikan solat.

MAGHRIBI: Pemain pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui mendedahkan beliau mengambil keputusan untuk menghafaz al-Quran selepas Piala Dunia FIFA 2026 kerana berasa malu dengan jumlah surah yang mampu dibacanya ketika menunaikan solat.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, perjalanan mendekatkan diri dengan al-Quran bermula ketika menjalani bulan suci Ramadan tahun ini.

“Saya membaca al-Quran pada bulan Ramadan, tetapi tidak begitu banyak selepas Ramadan. Dari situlah perjalanan saya bermula. Selepas Piala Dunia, saya membuat keputusan untuk menghafaz al-Quran.

“Ketika solat, saya hanya membaca beberapa surah tertentu dan itu sahaja yang saya tahu. Saya sedikit malu dengan jumlah surah yang saya hafal. Kemudian saya mengambil langkah untuk menghafaz al-Quran,” katanya dalam satu temu bual podcast.

Sepanjang kariernya bersama Bayern Munich dan Manchester United, Mazraoui turut menjelaskan agama sentiasa memainkan prioriti dalam kehidupannya serta membantu beliau berdepan pelbagai cabaran di dalam dan luar padang.

“Agama saya adalah perkara nombor satu dalam hidup saya. Ia banyak membantu saya menghadapi perkara yang tidak berjalan seperti yang saya harapkan atau perkara yang memihak kepada saya. Cara pemikiran ini membantu saya menjalani kehidupan,” katanya.

Dilahirkan di Leiderdorp, Belanda daripada ibu bapa berketurunan Maghribi, Mazraoui membesar dalam persekitaran yang mengimbangi pembangunan karier bola sepak di Akademi Belia Ajax dan pegangan agamanya sebagai seorang Muslim.

Beliau sebelum ini pernah menjadi perhatian apabila gambar dirinya bersama rakan sepasukan, Hakim Ziyech, berbuka puasa di atas padang ketika aksi separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2019 tular di media sosial. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in SUKAN

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading