Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SOLAT TETAP KEUTAMAAN WALAU DEMAM PIALA DUNIA

SUKAN

SOLAT TETAP KEUTAMAAN WALAU DEMAM PIALA DUNIA

Keterujaan dalam berhibur termasuklah menyaksikan kejohanan sukan terbesar dunia seperti Piala Dunia FIFA 2026 tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan kewajipan solat yang menjadi tunjang utama kehidupan seorang Muslim.

PUTRAJAYA: Keterujaan dalam berhibur termasuklah menyaksikan kejohanan sukan terbesar dunia seperti Piala Dunia FIFA 2026 tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan kewajipan solat yang menjadi tunjang utama kehidupan seorang Muslim.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan bahawa solat merupakan kewajipan asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan.

“Dalam permainan bola pun kita tidak boleh tinggalkan solat. Kalau ada rukhsah boleh buat jamak takdim atau takhir.

“Tapi yang penting jangan tinggalkan solat, kerana ia tiang agama. Permainan adalah satu pelengkap kehidupan sahaja.”

Beliau berkata kepada media selepas Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, isu mengutamakan solat berbanding urusan dunia menjadi perbualan ramai selepas kenyataan Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Senegal, Pape Thiaw tular di media sosial.

Beliau dilaporkan mempertahankan tindakan pasukannya menunaikan solat walaupun pihak keselamatan menasihatkan mereka supaya tidak keluar berikutan angin kencang di New Jersey.

Katanya, tiada perkara yang lebih penting daripada solat serta mengingatkan bahawa manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT dan bola sepak hanyalah satu bentuk hiburan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in SUKAN

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading