Connect with us

ALHIJRAH NEWS

F1 KEMBALI KE SEPANG, ZAHID JANGKA LONJAK PELANCONGAN NEGARA

SUKAN

F1 KEMBALI KE SEPANG, ZAHID JANGKA LONJAK PELANCONGAN NEGARA

Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada Malaysia menerusi peningkatan ketibaan pelancong, pendedahan global serta tarikan pelaburan dan acara bertaraf dunia.

SEPANG: Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada Malaysia menerusi peningkatan ketibaan pelancong, pendedahan global serta tarikan pelaburan dan acara bertaraf dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun kos penganjuran ditanggung Bahrain, Malaysia tetap memperoleh manfaat ekonomi selain mengukuhkan kedudukan SIC sebagai litar bertaraf dunia.

“Walaupun kita tahu perbelanjaannya besar, tetapi ini ditanggung oleh Bahrain. Kesan ekonomi bukan hanya dapat dilihat dari segi ‘inbound tourists’, tetapi juga daripada liputan media dan acara di seluruh dunia kerana penonton dan khalayaknya ialah berbilion.

“Ini akan memberikan kesan jangka sederhana dan panjang kepada negara kerana SIC mempunyai kemudahan bertaraf dunia, yang selama ini tidak digunakan sepenuhnya kecuali untuk MotoGP,” katanya.

Beliau berkata kejayaan menjadi tuan rumah F1 Bahrain berpotensi membuka laluan kepada Malaysia untuk kembali menganjurkan perlumbaan Formula Satu pada masa depan menerusi sokongan kerajaan dan penajaan sektor swasta.

“Saya harap untuk tahun-tahun mendatang Malaysia dapat memperuntukkan dana tertentu serta memperoleh penajaan syarikat supaya F1 dapat dianjurkan semula di negara ini.

“Untuk MotoGP umpamanya, Kabinet atas arahan Perdana Menteri memutuskan bahawa ia bukan hanya ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui peruntukan Kementerian Kewangan, tetapi membabitkan projek pembangunan, penajaan dan penganjuran secara bersama menggunakan pendekatan smart partnership (perkongsian pintar),” katanya.

Semalam, Formula 1 dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan Malaysia akan menjadi tuan rumah GP Bahrain di SIC dari 2 hingga 4 Oktober 2026, tertakluk kepada pemeteraian perjanjian akhir serta kelulusan rasmi termasuk daripada Majlis Sukan Permotoran Dunia. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in SUKAN

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading