Connect with us

ALHIJRAH NEWS

F1 KEMBALI KE SEPANG SELEPAS 9 TAHUN

SUKAN

F1 KEMBALI KE SEPANG SELEPAS 9 TAHUN

Menurut F1, keputusan itu membolehkan perlumbaan diteruskan selepas dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mencipta sejarah apabila menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini, susulan pemindahan perlumbaan berkenaan dari Bahrain.

Formula 1 (F1) dalam satu kenyataan memaklumkan, ini merupakan kali pertama dalam sejarah kejohanan itu sesebuah perlumbaan dipindahkan ke negara lain selepas dibatalkan.

Menurut kenyataan itu, acara berkenaan yang tertakluk kepada persetujuan akhir dan kelulusan rasmi termasuk daripada Majlis Sukan Permotoran Dunia, akan dikenali sebagai Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix, di Malaysia.

Pemindahan perlumbaan itu dipersetujui hasil kerjasama antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Menurut F1, keputusan itu membolehkan perlumbaan diteruskan selepas dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in SUKAN

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading