Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN TIADA RANCANGAN MENGURANGKAN MANA-MANA SUBSIDI

EKONOMI

KERAJAAN TIADA RANCANGAN MENGURANGKAN MANA-MANA SUBSIDI

Kerajaan tidak akan mengurangkan sebarang subsidi sedia ada kepada rakyat meskipun dijangka menanggung kos subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengurangkan sebarang subsidi sedia ada kepada rakyat meskipun dijangka menanggung kos subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata kerajaan akan meneruskan pelbagai bentuk bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Beliau berkata pelaksanaan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sejak September tahun lalu berjaya melindungi rakyat daripada kesan peningkatan harga minyak dunia ketika krisis Asia Barat memuncak pada Mac dan April lalu.

“Dengan harga yang ditetapkan dan kuota yang diberi, rakyat tidak terjejas dan tidak dipengaruhi oleh keadaan yang berlaku di Asia Barat.

“Rakyat bayar RM1.99 (seliter) walaupun pada Mac dan April harga sebenar sampai RM5. Inilah dua sumbangan yang penting telah diperkenalkan melalui BUDI95, iaitu harga kekal semasa krisis dan kerajaan telah memastikan rakyat ada bekalan minyak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai kemungkinan kerajaan mengurangkan subsidi lain termasuk bahan makanan, STR, SARA atau bantuan persekolahan susulan unjuran peningkatan subsidi petroleum tahun ini.

Menurut Liew, kerajaan sentiasa memastikan kestabilan harga petrol serta bekalan bahan api walaupun berdepan ketidaktentuan pasaran global.

“Saya rasa inilah keunikan dan juga kelebihan BUDI95. Di Malaysia, kita masih (mengharungi) kesesakan jalan raya kerana kita ada bekalan minyak,” katanya.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in EKONOMI

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading