Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REMPUH ANGGOTA POLIS TRAFIK, TUKANG CUCI KERETA DIREMAN LIMA HARI

DALAM NEGARA

REMPUH ANGGOTA POLIS TRAFIK, TUKANG CUCI KERETA DIREMAN LIMA HARI

Lans Koperal Muhammad Badrul Izwany Pauzi 29 tahun mengalami kecederaan parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang tukang cuci kereta, di Jalan Silibin, Khamis lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

IPOH: Seorang pencuci kereta direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes anggota polis trafik dirempuh sebuah kereta, yang cuba melarikan diri ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Silibin, Khamis lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret di sini, selepas menerima permohonan daripada polis bagi siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata Lans Koperal Muhammad Badrul Izwany Pauzi 29 tahun yang mengalami kecederaan parah selepas dirempuh, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sunway Medical Centre Ipoh.

Beliau berkata anggota berkenaan mengalami kecederaan patah tangan kiri dan kaki kanan, menjalani pembedahan di hospital berkenaan semalam.

“Anggota berkenaan kini ditidurkan selepas menjalani pembedahan selama tujuh jam sehingga 6 pagi tadi,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi Khamis, anggota trafik itu dirempuh sebuah kereta yang cuba melarikan diri ketika pemeriksaan sekatan jalan raya di Jalan Silibin.

Siasatan lanjut, mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan tamat, tempoh selain ujian saringan awal air kencing didapati positif dadah jenis methamphetamin. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading