Connect with us

ALHIJRAH NEWS

IMIGRESEN NEGERI SEMBILAN TAHAN 31 PATI DI 11 LOKASI

UTAMA

IMIGRESEN NEGERI SEMBILAN TAHAN 31 PATI DI 11 LOKASI

Operasi yang dijalankan dari 10 pagi hingga 9 malam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 84 warga asing berusia antara 19 hingga 54 tahun, terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, Vietnam dan Bangladesh.

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan menahan 31 pendatang tanpa izin dalam operasi penguatkuasaan di 11 lokasi sekitar Tampin dan Seremban, semalam.

Operasi yang dijalankan dari 10 pagi hingga 9 malam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 84 warga asing berusia antara 19 hingga 54 tahun, terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, Vietnam dan Bangladesh.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Mohd Razip Yasin berkata, daripada jumlah itu, 31 individu ditahan melibatkan 26 lelaki dan lima wanita atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Sebanyak 26 lelaki dan lima wanita ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, antaranya tidak memiliki pas atau dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa serta pelbagai kesalahan lain di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semasa operasi dijalankan, terdapat seorang warga asing dikesan di sebuah restoran yang tular di media sosial bertindak melarikan diri dengan bersikap agresif dan cuba melanggar pegawai penguat kuasa menggunakan sebuah kenderaan sebelum diberkas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan suspek itu menyebabkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muka akibat pergelutan dengan pasukan operasi.

Menurut Mohd Razip, operasi berkenaan dilaksanakan hasil aduan dan maklumat orang awam serta risikan yang dijalankan selama seminggu.

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading