Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MENTERI AGAMA GANDING DICKY, ABANG MINYAK HITAM PERKUKUH PERPADUAN

UTAMA

MENTERI AGAMA GANDING DICKY, ABANG MINYAK HITAM PERKUKUH PERPADUAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengajak Dicky serta pempengaruh media sosial Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Minyak Hitam Jalanan untuk bersama-sama menjayakan usaha memperkukuh perpaduan menerusi kempen #kitakawan.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengajak Dicky serta pempengaruh media sosial Mohd Yusof Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Minyak Hitam Jalanan untuk bersama-sama menjayakan usaha memperkukuh perpaduan menerusi kempen #kitakawan.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut membuka ruang kerjasama bagi menganjurkan program melibatkan golongan muda pada masa akan datang.

Tambahnya, orang ramai perlu terus menyebarkan kebaikan serta menjauhi kebencian, hasutan, fitnah dan perpecahan demi mengukuhkan perpaduan negara.

Beliau turut menghadiahkan minyak wangi dari Mekah kepada Dicky sebagai tanda penghargaan selain sumbangan minyak hitam daripada REPCO serta merancang pelbagai program yang dapat mendekati golongan muda sambil memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Dalam pada itu, sebuah video dimuat naik di laman Facebook Zulkifli turut memaparkan Dicky bukan sahaja masih mengingati doa-doa yang dipelajari ketika zaman persekolahan, malah sempat membacakannya di hadapan mereka semasa pertemuan tersebut.

Pada April lalu, kisah Mohd Yusof dan Dicky menjadi tular dalam kalangan rakyat Malaysia selepas interaksi antara kedua-duanya dalam sebuah video menyentuh hati ramai.

Dalam video berkenaan, Dicky yang berdepan kesukaran selepas motosikalnya rosak berhasrat membayar perkhidmatan yang diberikan Mohd Yusof kerana berjaya membaiki motosikalnya.

Namun, selepas melihat jumlah simpanan dalam akaun e-dompet Dicky yang tidak seberapa, Mohd Yusof mengambil keputusan untuk memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma. — AlHijrah Online

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading