Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GAGAL TUNJUK PERMIT KERJA, KRU INDONESIA DENGAN BOT KARGO DITAHAN

UTAMA

GAGAL TUNJUK PERMIT KERJA, KRU INDONESIA DENGAN BOT KARGO DITAHAN

Maritim Malaysia menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 di perairan Kuala Sepetang, Rabu lalu.

IPOH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 di perairan Kuala Sepetang, Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata bot itu ditahan kira-kira pukul 2.50 petang pada kedudukan 0.05 batu nautika di barat muara Kuala Sepetang.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan gagal mempamerkan lesen bot dan polisi insurans seperti yang diperuntukkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Pemeriksaan terhadap ketiga-tiga kru warga Indonesia berumur 26 hingga 48 tahun itu pula mendapati mereka gagal mengemukakan permit kerja selain disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua kru berusia antara 26 hingga 48 tahun itu diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut, manakala satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Kuala Sepetang.

Mohd Hairil turut mengingatkan pemilik dan pengusaha vesel supaya memastikan dokumen vesel, perlindungan insurans serta dokumen penggajian kru sentiasa lengkap, sah dan dikemas kini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading