Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMANDU LORI MAUT TERSEPIT, ISTERI SARAT MENGANDUNG CEDERA DALAM NAHAS TRELER

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI MAUT TERSEPIT, ISTERI SARAT MENGANDUNG CEDERA DALAM NAHAS TRELER

Isteri kepada mangsa maut yang sedang mengandung tujuh bulan, Siti Soleha Abdullah, 26, mengalami kecederaan ringan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

SUNGAI BESAR: Seorang pemandu lori maut akibat tersepit manakala isterinya yang sedang mengandung cedera dalam kemalangan di Jalan Tebuk Marso Kampung Tebuk Marso, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan yang melibatkan dua buah lori treler itu turut mengakibatkan seorang lagi pemandu lori cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 2:49 pagi sebelum anggotanya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah lori treler iaitu sebuah treler yang membawa muatan besi sebanyak 36 tan dengan sebuah treler yang membawa muatan kontena.

“Mangsa maut, Muhammad Hasib Hanafi Mohd Hisham, 21, tersepit di bahagian pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum berjaya dikeluarkan.

“Bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashrul berkata, isteri kepada mangsa maut yang sedang mengandung tujuh bulan, Siti Soleha Abdullah, 26, mengalami kecederaan ringan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Sementara itu seorang lagi pemandu treler berada dalam keadaan selamat dan semua mangsa terlibat telah dihantar ke hospital.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading