Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JEMAAH MENTERI SETUJU RCI TH DIDEDAHKAN HARI INI

DALAM NEGARA

JEMAAH MENTERI SETUJU RCI TH DIDEDAHKAN HARI INI

Jemaah Menteri hari ini bersetuju Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020, akan didedahkan pada hari ini.

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini bersetuju Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020, akan didedahkan pada hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah diberi taklimat oleh pengurusan tertinggi TH dan memperhalusi RCI TH, pada hari ini.

“Jemaah Menteri bersetuju bahawa laporan ini akan dibuat pengelasan semula (declassified) dan didedahkan pada hari ini.

“Laporan ini juga akan dibentangkan dan dibahaskan di satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa laporan tersebut telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan, dan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus dari syor tersebut.

Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, sekali gus menunjukkan bahawa pengurusannya kini berada dalam keadaan lebih baik, ujarnya lagi.

“Jemaah Menteri memutuskan bahawa siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan berdasarkan laporan ini akan diteruskan serta-merta, dan pihak- pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading