Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUN MELAKA BUBAR HARI INI?

UTAMA

DUN MELAKA BUBAR HARI INI?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijadual mengadakan sidang media khas pada jam 2 petang ini, dipercayai berkaitan pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijadual mengadakan sidang media khas petang ini, dipercayai berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menerusi jemputan media yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Ezlyn Fardiha Zainal, sidang media berkenaan dijadual berlangsung di Seri Negeri, pada jam 2 petang.

Perkembangan itu menyusul ketika desas-desus mengenai kemungkinan pembubaran DUN Melaka hari ini semakin kencang diperkatakan.

Spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN turut menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu susulan tempoh mandat kerajaan negeri yang bakal berakhir pada penghujung tahun ini.

Sidang media berkenaan dijangka menjawab teka-teki mengenai tarikh pembubaran DUN serta langkah seterusnya bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN.

Segala perhatian kini terarah kepada pengumuman rasmi Ketua Menteri petang ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading