Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMAIN MUSLIM PERTAMA ENGLAND CETUS PERHATIAN DUNIA

UTAMA

PEMAIN MUSLIM PERTAMA ENGLAND CETUS PERHATIAN DUNIA

Tindakan itu memperlihatkan padang bola kini tidak dilihat sebagai medan persaingan, tetapi menjadi ruang pemain menampilkan identiti, nilai dan pegangan peribadi mereka.

AMERIKA SYARIKAT: Aksi pemain pertahanan England, Djed Spence memanjatkan doa kesyukuran selepas membantu pasukannya menewaskan Norway 2-1 untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia mencuri perhatian dunia apabila dianggap sebagai simbol kepelbagaian dalam skuad kebangsaan itu.

Gambar Spence yang tunduk berdoa selepas wisel penamat disifatkan sebagai detik bersejarah apabila beliau menjadi pemain Muslim pertama mewakili England di pentas Piala Dunia.

Kehadiran pemain berusia 25 tahun itu bukan sahaja mencipta sejarah dari sudut agama dan identiti, malah memperlihatkan perubahan wajah bola sepak antarabangsa yang semakin terbuka terhadap kepelbagaian latar belakang pemain.

Spence, yang beraksi sebagai pertahanan Tottenham Hotspur, sebelum ini mencipta sejarah pada September 2025 apabila menjadi pemain Muslim pertama menyarung jersi England selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Serbia dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Beliau sendiri mengakui tidak menyedari pencapaian itu sehingga diberitahu selepas perlawanan.

“Saya tidak tahu saya adalah yang pertama, jadi ia satu kejutan yang menggembirakan… Ia satu perasaan yang diberkati,” katanya kepada media.

Bagi Spence, Islam menjadi sebahagian penting dalam kehidupannya dan menjadi panduan ketika berdepan cabaran sebagai seorang atlet profesional.

Namun, kisah Spence bukan satu-satunya gambaran bagaimana unsur Islam semakin kelihatan dalam bola sepak dunia.

Sepanjang Piala Dunia kali ini, beberapa pemain turut mencuri perhatian apabila melakukan sujud selepas menjaringkan gol atau selepas tamat perlawanan sebagai tanda kesyukuran.

Antaranya pemain tengah Sweden, Yasin Ayari, pemain Iran, Ramin Rezaeian, serta penyerang Republik Demokratik Congo, Yoane Wissa yang diraikan peminat selepas menzahirkan kesyukuran melalui sujud di atas padang.

Tindakan itu memperlihatkan padang bola kini tidak dilihat sebagai medan persaingan, tetapi menjadi ruang pemain menampilkan identiti, nilai dan pegangan peribadi mereka.

Fenomena ini menunjukkan bola sepak moden menjadi cerminan masyarakat global yang semakin pelbagai dan rencam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading