Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELAJAR TINGKATAN DUA CEDERA DITUSUK KERAMBIT RAKAN

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN DUA CEDERA DITUSUK KERAMBIT RAKAN

Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera selepas dipercayai ditusuk menggunakan senjata kerambit berukuran 10 sentimeter oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah pada 5 Ogos lalu.

SHAH ALAM: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera selepas dipercayai ditusuk menggunakan senjata kerambit berukuran 10 sentimeter oleh rakan sekelasnya di sebuah sekolah pada 5 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan.

“Kejadian melibatkan suspek seorang pelajar perempuan manakala mangsa adalah lelaki yang kedua-duanya adalah rakan sekelas.

“Tangkapan juga telah dilakukan terhadap suspek dan telah diberi jaminan polis. Dalam kes ini tiada tujuan dan motif, dipercayai suspek kurang sihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.– AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading