Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KANAK-KANAK LELAKI DUA TAHUN HILANG DI SUNGAI JAHANG, GOPENG

UTAMA

KANAK-KANAK LELAKI DUA TAHUN HILANG DI SUNGAI JAHANG, GOPENG

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar turut membantu melaksanakan pemantauan di kawasan hilir sungai berhampiran Kampar bagi memperluaskan usaha pengesanan mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarganya di Sungai Jahang, Gopeng.

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat Gopeng dalam kejadian tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.06 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke tempat kejadian.

“Operasi pencarian dilakukan bersama pihak polis dan penduduk kampung, selain dibantu syarikat pelancongan berhampiran yang menyediakan lapan bot rakit.

“Sehingga 3.45 petang tadi, pasukan yang menjalankan pencarian awal telah bergerak sejauh 4 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata radius pencarian diperluaskan petang ini dan sebuah Pos Kawalan Bomba dibuka di lokasi kejadian dengan bantuan pasukan BBP Kampar yang membuat pemantauan di hilir sungai berhampiran Kampar.

“Operasi mencari kanak-kanak itu masih dijalankan,” katanya. — AlHijrah Online.

 


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top