Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LAMPU SUAR DAN SIREN BUKAN LESEN UNTUK ABAIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

UTAMA

LAMPU SUAR DAN SIREN BUKAN LESEN UNTUK ABAIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pemandu kenderaan kerajaan yang dilengkapi kemudahan itu perlu memastikan keadaan di sekeliling selamat sebelum meneruskan perjalanan, terutama ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

KUALA LUMPUR: Penggunaan lampu suar (beacon) dan siren oleh kenderaan kerajaan perlu dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, pemandu kenderaan kerajaan yang dilengkapi kemudahan itu perlu memastikan keadaan di sekeliling selamat sebelum meneruskan perjalanan, terutama ketika berada di persimpangan lampu isyarat.

“Ketika berada di lampu isyarat, pemandu kenderaan kerajaan yang mempunyai alat berkenaan perlu memastikan pengguna jalan raya yang lain berada dalam keadaan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengguna jalan raya juga perlu sentiasa peka dan memberi kerjasama dengan memberikan laluan kepada kenderaan penguat kuasa atau kenderaan yang sedang menjalankan tugas rasmi dalam situasi kecemasan.

Menurutnya, hanya kenderaan milik kementerian atau agensi yang menjalankan fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan dibenarkan menggunakan lampu suar serta siren, tertakluk kepada Jadual Keenam (Kaedah 24B), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.

Mohammed Hasbullah turut mengingatkan bahawa tindakan menghampiri, menghalang atau mengekori rapat kenderaan penguat kuasa yang sedang mengiring dalam mod kecemasan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Terdahulu, beliau meninjau lokasi kemalangan maut membabitkan lori Black Maria milik Jabatan Imigresen Malaysia di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, semalam.

Dalam kejadian itu, tiga beranak dilaporkan maut, manakala pemandu lori terbabit yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian mangsa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading