Connect with us

ALHIJRAH NEWS

EMPAT MAUT, KERETA REMPUH LORI DI SEPANGGAR

DALAM NEGARA

EMPAT MAUT, KERETA REMPUH LORI DI SEPANGGAR

Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Viva yang terbabas sendiri lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan dibahu jalan, di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar.

KOTA KINABALU: Empat lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan di bahu jalan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.37 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama bantuan BBP Lintas tiba di lokasi pada 2.59 pagi dan mendapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba tiba dilokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Produa Viva yang terbabas sendiri lalu melanggar sebuah lori lima tan yang diletakkan dibahu jalan.

“Terdapat empat orang mangsa terlibat dilaporkan tersepit di dalam kenderaan. Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas (Rescue Tools),” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM, operasi mengeluarkan mangsa selesai pada 3.50 pagi dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading