Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026, MEMPERKASA USAHAWAN TEMPATAN

EKONOMI

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026, MEMPERKASA USAHAWAN TEMPATAN

Melalui inisiatif itu, peserta berpeluang memanfaatkan pelbagai saluran komunikasi TV AlHijrah bagi meningkatkan kesedaran jenama, memperluaskan pasaran serta mengukuhkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dan baharu.

KUALA LUMPUR: Sebuah inisiatif khas dilancarkan TV AlHijrah, Bincang Niaga 2026 bagi membantu usahawan dan perusahaan kecil serta sederhana (SME) tempatan memperkukuh jenama, meningkatkan keterlihatan produk serta meluaskan capaian pasaran menerusi ekosistem medianya.

Program yang berlangsung dari 22 Jun hingga 31 Julai 2026 itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan TV AlHijrah dalam menyokong pembangunan ekonomi ummah dengan menyediakan akses kepada platform promosi yang lebih berkesan menerusi televisyen, digital dan media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Tuan Haji Namanzee Harris berkata, media bukan lagi sekadar medium penyampaian maklumat dan hiburan, sebaliknya mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat.

“Melalui Bincang Niaga 2026, kami membuka ruang kepada usahawan untuk memanfaatkan kekuatan platform televisyen, digital dan media sosial TV AlHijrah bagi meningkatkan kesedaran terhadap jenama mereka, sekali gus memperkukuhkan daya saing dalam landskap perniagaan yang semakin mencabar.

“Ramai usahawan mempunyai idea yang baik dan produk yang berkualiti, tetapi tidak semua mempunyai akses kepada platform promosi yang mampu membantu mereka membina kredibiliti dan keyakinan pelanggan,” katanya kepada media.

Tambahnya, kejayaan usahawan tempatan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan peluang pekerjaan serta kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

Melalui inisiatif itu, peserta berpeluang memanfaatkan pelbagai saluran komunikasi TV AlHijrah bagi meningkatkan kesedaran jenama, memperluaskan pasaran serta mengukuhkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dan baharu.

Peserta turut akan dibantu oleh pasukan profesional TV AlHijrah dalam merancang strategi promosi yang bersesuaian dengan objektif dan keperluan perniagaan masing-masing bagi memaksimumkan keberkesanan kempen.

Sebagai galakan kepada penyertaan awal, TV AlHijrah menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada peserta yang mendaftar sepanjang tempoh promosi, tertakluk kepada terma dan syarat.

Usahawan dan pemilik perniagaan yang berminat boleh mengemukakan penyertaan melalui Borang Minat Bincang Niaga 2026 di https://bit.ly/bincangniagatvah2026.

Penyertaan adalah terhad dan tertakluk kepada kekosongan slot yang disediakan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in EKONOMI

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading