Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TAN SRI MADINAH TIDAK BERCAKAP BENAR – PENGERUSI TH

UTAMA

TAN SRI MADINAH TIDAK BERCAKAP BENAR – PENGERUSI TH

Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussin menafikan dakwaan Madinah Mohamad tidak dipanggil memberi keterangan kepada RCI TH, sebaliknya berkata beliau telah diserahkan sapina dan diberi 75 soalan untuk dijawab secara bertulis.

BANGI: Dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad bahawa beliau tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) adalah tidak benar.

Pengerusi TH, Tan Sri Rashid Hussin berkata, Madinah telah diserahkan sapina untuk hadir memberi keterangan kepada panel siasatan berkenaan.

Menurutnya, Madinah bagaimanapun memohon untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan ketika itu, Mona Othman, namun permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi kerana prosiding RCI dijalankan secara individu.

“Mengikut prosiding RCI, siasatan dijalankan secara individu. Namun pada 2 Jun 2022, Puan Mona hadir dan memberikan penjelasan kepada kami, selain menyerahkan laporan penuh.

“Untuk rekod, Tan Sri telah diserahkan sapina. Jadi, apa yang diperkatakan beliau adalah tidak benar,” katanya ketika ditemui selepas Dialog Ummah: Realiti Masa Depan TH di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Rashid berkata, Madinah turut diberikan ruang mencukupi untuk mengemukakan keterangan kepada suruhanjaya tersebut menerusi jawapan bertulis terhadap 75 soalan yang dikemukakan RCI.

“Jawapan tersebut direkodkan sebagai kenyataan saksi dan beliau menyerahkannya dalam bentuk akuan berkanun pada 1 April 2022,” katanya.

Sebelum ini, Madinah dilaporkan terkilan kerana tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding berkenaan.

Beliau yang berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019 mendakwa sudah berada di pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika prosiding RCI TH berlangsung, namun namanya tidak dipanggil untuk memberi keterangan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading