Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TV ALHIJRAH RANCANG SALURAN BAHARU AL-QURAN DAN HADIS

DALAM NEGARA

TV ALHIJRAH RANCANG SALURAN BAHARU AL-QURAN DAN HADIS

TV AlHijrah merancang untuk memperkenalkan satu saluran baharu khusus bagi kandungan Al-Quran dan hadis, dengan sasaran pelaksanaan seawal Ramadan 2027 atau selewat-lewatnya pada tahun berkenaan.

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah merancang untuk memperkenalkan satu saluran baharu khusus bagi kandungan Al-Quran dan hadis, dengan sasaran pelaksanaan seawal Ramadan 2027 atau selewat-lewatnya pada tahun berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Tuan Haji Namanzee Harris berkata, perancangan itu dibincangkan dalam pertemuan bersama para asatizah sebagai sebahagian usaha menilai semula hala tuju stesen televisyen berkenaan selepas 16 tahun penubuhan.

Pertemuan itu penting bagi menilai kedudukan semasa TV AlHijrah, khususnya dalam penghasilan program dakwah serta pengisian agama.

“Selepas 16 tahun, kita perlu lihat semula di mana kita bermula dan di mana kita berada sekarang, terutama dalam penyediaan program dakwah. Kita juga mendengar pandangan para asatizah yang banyak menyumbang sejak awal,” katanya.

Menurut beliau, maklum balas yang diterima termasuk keperluan menambah baik kandungan, mengisi kelompongan sedia ada serta membina kerangka media Islam yang lebih luas, tersusun dan khusus untuk segmen tertentu penonton.

Antara fokus yang turut dibincangkan ialah usaha memperbanyakkan program lapangan bagi mendekatkan jenama TV AlHijrah dengan masyarakat secara fizikal, selain meremajakan kandungan agar lebih relevan kepada penonton muda tanpa mengabaikan audiens sedia ada.

“Kita mahu seimbangkan antara penonton lama dan generasi digital. Ada keperluan untuk slot baharu yang lebih segar, tetapi dalam masa sama tidak menyingkirkan penonton sedia ada,” jelasnya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading