Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KETEPI RASA MALU DEMI REZEKI TIGA ANAK

DALAM NEGARA

KETEPI RASA MALU DEMI REZEKI TIGA ANAK

Kisahnya kembali menjadi sorotan masyarakat selepas seorang pengguna Facebook yang memasuki siaran langsung berkenaan dan mendengar sendiri perjalanan hidup peniaga itu. Hafizh yang menjual serunding sejak 2015 pernah membawa isteri dan tiga anak perempuannya berniaga di kaki lima sekitar Kompleks Pertama dan Sogo namun kini mula mengembangkan jualannya melalui platform Shopee.

Di sebalik sebuah siaran langsung platform e-dagang yang hanya disaksikan dua penonton, tersimpan perjuangan seorang bapa kepada tiga anak yang sanggup mengetepikan rasa malu demi mencari rezeki halal untuk keluarganya.

Hafizh Khan Amiruddin Khan atau lebih dikenali sebagai Apis merupakan seorang asnaf di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Peniaga berusia 36 tahun itu juga tidak pernah malu menghebahkan status berkenaan, malah bersedia menunjukkan dokumen pengesahan sekiranya diperlukan.

Perkongsiannya mengenai kesusahan hidup bukan bertujuan meraih simpati masyarakat, sebaliknya menjadi sebahagian daripada usaha memperkenalkan jualan amal yang dijalankan bagi membolehkan keluarganya bangkit semula.

Setiap malam selepas Isyak, Hafizh akan mengadakan siaran langsung bagi menjual muruku, serunding, kurma, kekacang dan beberapa makanan lain pada harga mampu milik. Walaupun jumlah penonton kecil, Hafizh tetap meneruskan jualan dengan harapan setiap pesanan mampu membantu kelangsungan hidup keluarganya.

Kisahnya kembali menjadi sorotan masyarakat selepas seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Khairul Johari yang memasuki siaran langsung berkenaan dan mendengar sendiri perjalanan hidup Hafizh. Sebelum ini, Hafizh menjaga ibunya yang sering keluar masuk hospital, manakala isterinya menjaga bapanya yang menghidap demensia.

Keadaan itu menyebabkan mereka sukar bekerja seperti biasa sehingga wang simpanan yang dikumpulkan bertahun-tahun habis digunakan. Pasangan berkenaan juga pernah berdepan tunggakan sewa rumah selama empat bulan serta tunggakan ansuran kenderaan.

Lebih menyebakkan, Hafizh yang menjual serunding sejak 2015 pernah membawa isteri dan tiga anak perempuannya berniaga di kaki lima sekitar Kompleks Pertama dan Sogo. Walau bagaimanapun, selepas menerima bantuan orang ramai, Hafizh mula mengembangkan jualannya melalui platform Shopee.

Walaupun diuji bertubi-tubi, Hafizh memilih untuk terus bekerja daripada menyerah kepada takdir. Bapa kepada tiga orang anak itu tidak meminta-minta tanpa berusaha, sebaliknya menawarkan hasil jualan sambil membuka ruang kepada masyarakat untuk membantu melalui pembelian.

Kisah Hafizh menjadi teladan bahawa status asnaf bukanlah alasan untuk berhenti berusaha dan bukan pula sesuatu yang perlu dimalukan.

Kisah-kisah kesusahan orang lain hadir lebih daripada sekadar mengundang simpati. Ia mengetuk kita supaya manusia kembali belajar bersyukur dan memahami bahawa kecekalan paling besar sering lahir daripada mereka yang tidak mempunyai pilihan selain bangkit sekali lagi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading