Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MAYAT WANITA DITEMUKAN DALAM BAGASI DI KAJANG

JENAYAH

MAYAT WANITA DITEMUKAN DALAM BAGASI DI KAJANG

Mayat seorang wanita yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditemukan di dalam sebuah bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang, Selangor malam tadi.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditemukan di dalam sebuah bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang, Selangor malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 8.37 malam sebelum sepasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati satu mayat perempuan ditemukan di dalam sebuah bagasi di ruang tamu rumah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Naazron berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Nur Ayuni Aziz menerusi talian 016-2080717 atau talian kecemasan 999 bagi membantu siasatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in JENAYAH

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading