Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PESAWAT TENTERA TERHEMPAS, TIADA YANG TERSELAMAT

DUNIA

PESAWAT TENTERA TERHEMPAS, TIADA YANG TERSELAMAT

Seramai 32 orang maut selepas pesawat tentera  yang mereka naiki  terhempas di kawasan Igbokoda, Ondo, barat daya Nigeria.

Nigerian Airforce ATR 42-500 Maritime Patrol Aircraft

ABUJA: Seramai 32 orang maut selepas pesawat tentera  yang mereka naiki  terhempas di kawasan Igbokoda, Ondo, barat daya Nigeria.

‘Pesawat yang membawa 25 penumpang dan tujuh anak kapal itu, terhempas berhampiran Pangkalan Tentera Laut di Igbokoda, sebuah komuniti sungai di Negeri Ondo,’ kata Festus Keyamo, Menteri Penerbangan dan Pembangunan Aeroangkasa.

Presiden negara itu, Bola Tinubu yang mengesahkan insiden berkenaan berkata, nahas udara tersebut antara yang paling buruk di Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

“Ini adalah saat yang memilukan bagi Angkatan Tentera dan untuk seluruh negara sambil menambah bahawa pengorbanan anggota Tentera Udara terbabit tidak akan dilupakan.”kata Tinubu

Nigerian military aircraft crashes, killing 32 | Reuters

Pesawat jenis ATR-42 milik Tentera Udara Nigeria (NAF) itu sedang dalam penerbangan rutin dari Benin City ke Lagos sebelum hilang hubungan dengan menara kawalan udara kira-kira jam 9.13 pagi semalam waktu tempatan.

Sehubungan itu, Tinubu mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas serta mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Susulan nahas itu juga, Presiden Nigeria mengumumkan tiga hari berkabung di seluruh negara. –AlHijrah Online

 

 


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading