Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN SENTUH 3R SEPANJANG PRN MELAKA – MCMC

UTAMA

JANGAN SENTUH 3R SEPANJANG PRN MELAKA – MCMC

MCMC akan terus memantau kandungan media sosial sepanjang PRN Melaka dengan pengguna diingatkan supaya tidak menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja.

MELAKA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan pengguna tidak menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pemantauan itu merupakan sebahagian daripada fungsi MCMC sebagai pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

Menurutnya, MCMC juga akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain sekiranya terdapat keperluan.

“MCMC sebagai pengawal selia akan selalu pantau kandungan di media sosial. Pesanan kami kepada semua pengguna, jangan sentuh isu 3R.

“Semua pihak berhak untuk berkempen, tetapi lakukanlah secara demokratik dan tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan Projek WIFI IPTA Fasa 3 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.

Teo berkata, MCMC mempunyai pasukan sedia ada yang akan memantau kandungan media sosial sepanjang tempoh berkempen.

“Pada masa sama, kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk melakukan pemantauan,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi, manakala mandat kerajaan negeri ketika ini akan berakhir pada 31 Disember. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading