Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MURID TAHUN DUA MAUT KEMALANGAN KETIKA PERJALANAN KE SEKOLAH

DALAM NEGARA

MURID TAHUN DUA MAUT KEMALANGAN KETIKA PERJALANAN KE SEKOLAH

Mangsa murid tahun dua membonceng motosikal Yamaha LC yang ditunggangi neneknya yang berusia 50 tahun dipercayai tidak sempat membrek dan mengelak sebuah kereta sebelum tercampak di atas jalan.

BANDAR PERMAISURI: Seorang murid perempuan tahun dua maut selepas motosikal ditunggangi neneknya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 50, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran sekolahnya pagi tadi.

Mangsa Putri Jannatul Arisha Abdullah, lapan tahun, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 6.40 pagi itu mangsa membonceng motosikal Yamaha LC yang ditunggangi neneknya yang berusia 50 tahun dari Simpang Langkap menuju ke sekolah.

“Setibanya di jalan utama, motosikal berkenaan masuk ke simpang sekolah sebelum dilanggar kereta Proton Waja, dipercayai tidak sempat membrek dan mengelak menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal tercampak di atas jalan,

“Penunggang motosikal parah pada kepala dan dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan, manakala pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Zahril Asri berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut manakala neneknya yang cedera parah dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading