Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TRUMP SEDIA LANCAR LAGI SERANGAN KE ATAS IRAN

DUNIA

TRUMP SEDIA LANCAR LAGI SERANGAN KE ATAS IRAN

“Selepas kita selesai mengalahkan Iran, yang kini sedang mengalami kekalahan teruk, tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah Amerika Syarikat,” – Donald Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata tentera negara itu bersedia melancarkan lebih banyak serangan ke atas Iran pada bila-bila masa.

“Serangan malam tadi sangat hebat dan kami bersedia melancarkan satu lagi serangan pada bila-bila masa yang kami mahu,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Katanya tentera AS turut memusnahkan semua peralatan baharu yang cuba dibangunkan Iran di sepanjang Selat Hormuz.

Bagaimanapun, Rabu lalu pegawai Iran memaklumkan serangan AS pada malam Selasa di sebuah majlis perkahwinan dekat selatan Iran telah mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan berkenaan, sambil menegaskan bahawa tentera AS “tidak pernah menyasarkan orang awam.”

Trump walaubagaimanapun menafikan beliau benar-benar mahu menamakan semula Selat Hormuz menggunakan namanya sendiri.

“Tidak, tidak… ia hanya cadangan yang dilontarkan,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada Rabu.

Sebelum ini beliau mencadangkan supaya laluan perairan strategik itu dinamakan “SELAT TRUMP” selepas mendakwa Selat Hormuz kini berada di bawah kawalan AS.

“Sekarang setelah ia berada di bawah kawalan AS, patutkah kita menukar nama Selat Hormuz kepada TRUMP STRAIT???” tulis Trump dalam satu hantaran di Truth Social.

Bulan lalu, Trump turut dilaporkan berkata beliau akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS.

“Selepas kita selesai mengalahkan Iran, yang kini sedang mengalami kekalahan teruk, tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah Amerika Syarikat,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading