Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KEMELUT NEGERI SEMBILAN: ISMAIL LASIM MENGHADAP TUANKU MUHRIZ

DALAM NEGARA

KEMELUT NEGERI SEMBILAN: ISMAIL LASIM MENGHADAP TUANKU MUHRIZ

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap ketika perhatian terus tertumpu kepada kemelut pentadbiran negeri dan kedudukan barisan Exco.

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dijadualkan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, hari ini.

Kenderaan yang membawa Ismail dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira jam 10.50 pagi.

Terdahulu, kenderaan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid turut dilihat memasuki istana berkenaan.

Difahamkan, pertemuan itu susulan isu berkaitan pentadbiran serta kemelut semasa yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.

Pengamal media mula berkumpul di hadapan Istana Hinggap sejak kira-kira jam 10 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini.

Sebelum ini, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 20 September sebelum keputusan itu diwartakan pada 24 September. Perkembangan berhubung kedudukan Exco itu turut menjadi antara isu utama dalam kemelut pentadbiran negeri ketika ini.

Exco berkenaan ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading