Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PRN NS: AMINUDDIN KEKAL CALON MB, TIADA CALON LAIN DIPERTIMBANGKAN – LOKE

DALAM NEGARA

PRN NS: AMINUDDIN KEKAL CALON MB, TIADA CALON LAIN DIPERTIMBANGKAN – LOKE

Tiada calon lain dipertimbangkan bagi jawatan berkenaan selain Aminuddin, yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.

JEMPOL: Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan kekal sebulat suara menyokong Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai satu-satunya calon Menteri Besar sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Loke, yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, berkata tiada calon lain dipertimbangkan bagi jawatan berkenaan selain Aminuddin, yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan.

“Itu saja, seorang sahaja, calon Menteri Besar kita hanya seorang, iaitu Tok Min (Aminuddin)…amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri (jadi Menteri Besar) seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu yang beragama Islam, saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek siap landasan kereta api di KTMB Bahau di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini yang meminta PH menamakan calon Menteri Besar yang baharu sekiranya Aminuddin tewas di kerusi DUN Linggi yang ditandinginya.

Mengulas mengenai dakwaan PH tiada pilihan selain menamakan dirinya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Loke berkata ia hanyalah kenyataan ‘jahat’ pihak lawan.

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita,” katanya.

Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.–BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading