Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PDRM PERGIAT OPERASI BANTERAS SINDIKET PENGEMIS DI KUALA LUMPUR

DALAM NEGARA

PDRM PERGIAT OPERASI BANTERAS SINDIKET PENGEMIS DI KUALA LUMPUR

Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempergiat usaha membanteras kegiatan sindiket pengemis di ibu negara, termasuk memperkukuh kawalan keselamatan menerusi pembukaan pondok polis baharu hasil kerjasama dengan pihak korporat.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempergiat usaha membanteras kegiatan sindiket pengemis di ibu negara, termasuk memperkukuh kawalan keselamatan menerusi pembukaan pondok polis baharu hasil kerjasama dengan pihak korporat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata kegiatan mengemis bersama jenayah seperti ragut antara cabaran utama yang dihadapi pihak polis dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Kuala Lumpur.

“Apabila merujuk kepada bandar raya besar seperti Kuala Lumpur, jenayah seperti ragut dan kegiatan mengemis antara cabaran kepada kita.

“Kita sentiasa berusaha membanteras perkara ini dan mengharapkan kerjasama pihak korporat dan masyarakat keseluruhannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pondok Polis Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Mengulas penglibatan warga asing dalam kegiatan mengemis, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan termasuk kedutaan negara terbabit bagi menjalankan siasatan.

Katanya, jika siasatan mendapati kegiatan itu didalangi sindiket luar negara, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Dalam perkembangan sama, Fadil berkata PDRM Kuala Lumpur kini mempunyai 25 balai polis dan 28 pondok polis di enam daerah polis termasuk Putrajaya.

Pondok Polis TRX yang berada di bawah pentadbiran Balai Polis Tun H.S. Lee, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diwujudkan bagi memperkukuh aspek keselamatan di kawasan hab kewangan antarabangsa itu, selain berfungsi sebagai pusat operasi setempat untuk meningkatkan penyelarasan penugasan serta kehadiran fizikal anggota polis. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading