Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENERBITAN LAPORAN RCI TABUNG HAJI DIPUTUSKAN RABU INI

DALAM NEGARA

PENERBITAN LAPORAN RCI TABUNG HAJI DIPUTUSKAN RABU INI

Keputusan sama ada laporan RCI berhubung Tabung Haji akan didedahkan kepada umum bakal ditentukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TAMPIN: Keputusan sama ada laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) akan diterbitkan kepada umum dijangka diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu akan dibuat selepas perbincangan dalam mesyuarat Kabinet.

“Sekarang ada perbahasan sedikit tentang Tabung Haji. Saya tak mahu bicara panjang, mudah-mudahan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu, kita akan putuskan. Ada laporan biar orang baca.

“Kalau tak salah, pertahankan… kalau salah dakwa, kalau dihukum masuk penjara, masuk penjaralah. Sistem kita menetapkan siasat itu badan siasat, buat pertuduhan itu Peguam Negara, hukum itu para hakim dan itu bukan urusan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Anwar berkata sebagai Perdana Menteri, beliau perlu berlaku jujur serta mematuhi proses Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan.

Khamis lalu, beliau memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI berkaitan TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading