Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ELAUN GURU KAFA PULAU PINANG NAIK RM200 MULAI OKTOBER

DALAM NEGARA

ELAUN GURU KAFA PULAU PINANG NAIK RM200 MULAI OKTOBER

Elaun guru KAFA di Pulau Pinang dinaikkan RM200, manakala elaun imam bagi masjid pengurusan meningkat RM400 dan elaun bilal dan siak meningkat RM300 mulai Oktober.

Sumber Gambar: UTUSAN

BUKIT MERTAJAM: Elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Pulau Pinang dinaikkan sebanyak RM200 mulai Oktober ini, menjadikan elaun ketua guru KAFA RM1,800 manakala guru KAFA biasa RM1,700 sebulan.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kenaikan itu dibuat susulan peningkatan kutipan zakat ketika ini.

“Usaha meningkatkan kadar elaun setaraf dengan gaji minimum ini juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan guru KAFA di seluruh Pulau Pinang terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Guru KAFA, Pegawai Masjid dan Siak Tahun 2026 di Seberang Jaya.

Menurutnya, kenaikan itu merupakan kali kedua sebanyak RM200 selepas semakan terdahulu pada 1 Julai 2025, dengan peruntukan tambahan RM3.96 juta daripada sumber zakat.

Langkah itu menjadikan keseluruhan komitmen tahunan bagi elaun guru KAFA sebanyak RM11.19 juta.

Dalam perkembangan sama, elaun imam, bilal dan siak lantikan kerajaan negeri turut dinaikkan mulai Oktober dengan peruntukan tambahan RM1.76 juta, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM3.426 juta setahun.

Elaun imam bagi masjid pengurusan dinaikkan RM400 kepada RM1,000 sebulan, manakala elaun bilal dan siak meningkat RM300 kepada RM800.

“Pada masa yang sama, elaun imam bagi masjid kariah akan dinaikkan sebanyak RM100 menjadi RM950 sebulan manakala elaun bilal dan siak juga dinaikkan pada kadar yang sama menjadi RM600 sebulan dengan semakan terdahulu dilakukan pada 2023,” ujarnya.

Tambahnya, Waktu Kehadiran Bertugas (WKB) bagi semua guru KAFA di Pulau Pinang turut diselaraskan kepada empat jam sehari bagi tempoh Oktober hingga Disember ini.

Katanya, penyelarasan itu bagi menjamin keselamatan lebih 60,000 murid KAFA ketika tiba dan pulang dari kelas, selain memastikan kelas berada dalam keadaan bersedia untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading