Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KHALIL AL HAYYA PENGGANTI YAHYA SINWAR

DUNIA

KHALIL AL HAYYA PENGGANTI YAHYA SINWAR

Hamas hari ini mengumumkan Khalil al-Hayya sebagai ketua biro politiknya yang baharu setelah dilantik melalui pemilihan dalaman organisasi itu.

GAZA: Hamas hari ini mengumumkan Khalil al-Hayya sebagai ketua biro politiknya yang baharu setelah dilantik melalui pemilihan dalaman organisasi itu.

Beliau menggantikan Yahya Sinwar yang syahid dalam pertempuran dengan tentera Zionis pada 17 Oktober 2024.

Al-Hayya sebelum ini merupakan ketua perunding bagi Hamas dan memainkan peranan penting  dalam gencatan senjata untuk menamatkan perang di Gaza dan juga pembebasan  tebusan sejak tiga tahun lalu.

Selepas kematian Sinwar, Hamas memutuskan untuk tidak memilih pemimpin baharu, sebaliknya membentuk sebuah kabinet yang terdiri daripada lima pemimpin, diketuai oleh Muhammad Ismail Darwish, ketua Majlis Syura kumpulan tersebut dan turut disertai Al-Hayya.

Al-Hayya dilahirkan pada 1960 di Gaza dan menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Semenanjung wilayah itu.

Namun sebelum serangan  7 Oktober 2023, beliau telah meninggalkan Gaza dan berpindah ke Qatar, dan menetap di situ.

Al-Hayya pernah menjadi sasaran cubaan pembunuhan oleh Israel pada September tahun lalu di Doha.

Serangan itu bagaimanapun mengorbankan anak Khalil al-Hayya, Hammam al-Hayya, serta pengarah pejabatnya, Jihad Lubbad.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading