Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TETAP TAAT SETIA KEPADA TUANKU MUHRIZ

UTAMA

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TETAP TAAT SETIA KEPADA TUANKU MUHRIZ

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan beliau bersama kerajaan negeri kekal memberi sokongan penuh dan taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan beliau bersama kerajaan negeri kekal memberi sokongan penuh dan taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Saya bersama Kerajaan Negeri menzahirkan sokongan penuh serta taat setia kepada DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan kenyataan media Undang Yang Empat semalam.

Ismail berkata, beliau menghormati pandangan Undang Yang Empat dan kini memberi tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar demi kepentingan rakyat serta negeri.

“Apa jua pandangan Undang Yang Empat adalah hak mereka. Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri,” ujarnya.

Semalam, Sekretariat Undang Yang Empat dalam kenyataan menuntut pentadbiran kerajaan negeri, terutama Setiausaha Kerajaan Negeri mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading