Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KILANG BAJA, SIMPANAN MINYAK ENJIN MUSNAH 90 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI SHAH ALAM

DALAM NEGARA

KILANG BAJA, SIMPANAN MINYAK ENJIN MUSNAH 90 PERATUS DALAM KEBAKARAN DI SHAH ALAM

Seramai 25 pegawai dan anggota bersama jentera dari BBP Bukit Jelutong, BBP Sungai Buloh, BBP Shah Alam dan BBP Klang Utara digerakkan untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

SHAH ALAM: Sebuah kilang memproses baja dan menyimpan minyak enjin kenderaan musnah 90 peratus dalam kebakaran di Jalan Bukit Cherakah, Seksyen U9, berhampiran Monterez Golf Club, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kebakaran melibatkan premis berkeluasan 40×100 kaki persegi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 10.49 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kebakaran membabitkan struktur bangunan kelas B yang digunakan sebagai tempat pemprosesan baja serta penyimpanan minyak enjin kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ashrul Riezal, seramai 25 pegawai dan anggota bersama jentera dari BBP Bukit Jelutong, BBP Sungai Buloh, BBP Shah Alam dan BBP Klang Utara digerakkan untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Operasi pemadaman turut dibantu 22 anggota daripada empat Pasukan Bomba Sukarela (PBS), iaitu dari Saujana Utama, Rantau Panjang, Klang (Briged Amal) Kampung Delek dan Serdang.

“Api berjaya dikawal pada 11.23 malam sebelum dipadamkan sepenuhnya pada 1.25 pagi sebelum pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi sisa bara api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading