Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LORI SAMPAH HILANG KAWALAN, REMPUH TEMBOK HEMPAP TIGA KERETA

DALAM NEGARA

LORI SAMPAH HILANG KAWALAN, REMPUH TEMBOK HEMPAP TIGA KERETA

    KUALA LUMPUR: Sebuah lori sampah yang dipercayai mengalami kegagalan sistem brek hilang kawalan sebelum merempuh tembok pagar kondominium dan menghempap tiga kereta di Jalan Pantai Murni 1, Pantai Hillpark awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata dalam kejadian pada kira-kira 4.10 pagi itu, lori tersebut sedang bergerak menuruni jalan lurus berbukit. Beliau berkata kegagalan brek menyebabkan lori itu terbabas sebelum bahagian hadapannya menghempap tiga kereta yang diparkir di kawasan kondominium tersebut. Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang memandu lori tersebut mengalami kecederaan pada kaki kiri akibat insiden itu.
“Sejurus menerima maklumat, JSPT KL telah menjalankan usaha mengesan pemandu lori berkenaan yang tidak berada di lokasi kemalangan. Hasil tindakan pantas, pemandu itu berjaya dikesan ketika sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zamzuri berkata ketika kejadian, terdapat dua pekerja warga Bangladesh berusia lingkungan 25 tahun yang sedang menjalankan kerja-kerja mengutip sampah di kawasan tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua pekerja itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau berkata pemandu lori berkenaan telah hadir di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada 3.15 petang tadi untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.
“Ujian hembusan nafas yang dijalankan mendapati pemandu adalah negatif alkohol. Lori tersebut akan dihantar ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading