Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RCI TABUNG HAJI JADI IKTIBAR PERKUKUH INTEGRITI, TADBIR URUS DANA UMAT ISLAM

DALAM NEGARA

RCI TABUNG HAJI JADI IKTIBAR PERKUKUH INTEGRITI, TADBIR URUS DANA UMAT ISLAM

Mereka menyerahkan amanah dan kepercayaan. Maka amanah tersebut wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya

 

 

KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji perlu dijadikan iktibar bagi memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam pengurusan kewangan sosial Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, kelemahan yang dikenal pasti menerusi laporan berkenaan perlu dipelajari bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang pada masa hadapan.

Katanya, kerajaan ketika ini memberi penjelasan berhubung kandungan laporan RCI secara menyeluruh, selain mengambil pengajaran daripada kelemahan yang dikenal pasti.

“Kerajaan cuba lakukan adalah menceritakan, menjelaskan, mencerahkan laporan RCI. Tidak lebih daripada itu.

“Ini membuktikan bahawa kita perlu belajar daripada kelemahan dan kesilapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Multaqa Shariah Intellectual Discourse Islamic Finance (SIDR) 2026, hari ini.

Menurut Dr. Zulkifli, aspek integriti dan tadbir urus perlu menjadi keutamaan dalam memperkukuh ekosistem kewangan sosial Islam, termasuk membabitkan institusi kerajaan dan bukan kerajaan.

Katanya, kegagalan menangani kelemahan dari sudut integriti dan tadbir urus bukan sahaja boleh menjejaskan imej institusi, malah berisiko menghakis kepercayaan masyarakat terhadap institusi Islam.

“Jika kita memperbesarkan, mengangkat sesuatu institusi, tetapi kita lupa untuk menangani dari sudut tadbir urus, integriti yang akan menjadi fitnah kepada Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan sedang menggerakkan usaha bagi memperkemas aspek integriti dan tadbir urus dalam kalangan pemain Islamic Social Finance.

Katanya, usaha berkenaan turut melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk institusi di bawah kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemain lain dalam sektor berkenaan.

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli menegaskan pengurusan dana dan institusi yang berkait dengan kepentingan umat Islam bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Sebaliknya, ia menuntut tadbir urus yang kukuh, pemantauan berkesan, ketelusan dalam membuat keputusan serta keberanian melakukan penambahbaikan apabila terdapat kelemahan.

Beliau berkata, kepercayaan masyarakat merupakan modal paling besar dalam pengurusan kewangan Islam.

“Apabila masyarakat menyerahkan zakat, mewakafkan harta atau menyimpan wang mereka dalam sesebuah institusi Islam, mereka bukan sekadar menyerahkan wang.

“Mereka menyerahkan amanah dan kepercayaan. Maka amanah tersebut wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya,” katanya.— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading