Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DONALD TRUMP ‘DIMALUKAN’ DI PENTAS DUNIA, REAKSI LAMINE YAMAL JADI BUALAN JUTAAN PENONTON

UTAMA

DONALD TRUMP ‘DIMALUKAN’ DI PENTAS DUNIA, REAKSI LAMINE YAMAL JADI BUALAN JUTAAN PENONTON

Donald Trump dilihat menghulurkan tangan untuk bersalaman, namun Yamal seolah-olah mengambil beberapa saat sebelum membalas huluran tersebut.

NEW JERSEY : Bukan sekadar trofi yang menjadi bualan selepas Sepanyol menjuarai Piala Dunia, malah satu detik canggung membabitkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, turut mencuri perhatian jutaan penonton di seluruh dunia.

Ketika barisan pemain Sepanyol menaiki pentas untuk menerima pingat kemenangan, bintang muda sensasi, Lamine Yamal terlebih dahulu bersalaman dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino sebelum memeluk beliau.

Namun, suasana berubah apabila Yamal berdepan presiden berjambul perang itu.

Donald Trump dilihat menghulurkan tangan untuk bersalaman, namun Yamal seolah-olah mengambil beberapa saat sebelum membalas huluran tersebut.

Detik singkat itu menyebabkan tangan Trump kelihatan “tergantung” seketika, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial dengan ramai menyifatkannya sebagai momen paling janggal sepanjang majlis penyampaian trofi.

Walaupun akhirnya Yamal tetap menyambut tangan presiden paling jijik di dunia itu dengan anggukan ringkas, ekspresi wajah pemain berusia 19 tahun itu kekal tenang tanpa sebarang kemesraan yang dipamerkan.

Keadaan berbeza apabila beliau bertemu Raja Sepanyol, Raja Felipe VI.

Yamal dilihat terus tersenyum lebar sebelum menerima ucapan tahniah daripada baginda, sekali gus memperlihatkan perbezaan reaksi yang menjadi perhatian ramai.

Majlis penyampaian trofi itu turut diiringi sorakan sinis dan ejekan daripada sebahagian penyokong di stadium setiap kali Trump dan Infantino muncul di pentas.

Rakaman insiden berkenaan pantas tular di pelbagai platform media sosial dengan ribuan pengguna berkongsi semula detik berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai tafsiran mengenai bahasa tubuh Yamal ketika berdepan Presiden Amerika Syarikat itu.

Namun sehingga kini, Yamal tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut, dan tiada bukti beliau sengaja enggan bersalaman dengan Trump.

Detik beberapa saat itu bagaimanapun sudah cukup untuk menjadi antara momen paling diperkatakan selepas perlawanan akhir FIFA WORLD CUP 2026 . — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading