Connect with us

ALHIJRAH NEWS

POLIS TAHAN PEMANDU BAS RAPID KL TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DI PERSIARAN SUBANG PERMAI

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PEMANDU BAS RAPID KL TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DI PERSIARAN SUBANG PERMAI

Seorang individu maut manakala seorang lagi cedera, selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah bas Rapid KL di Persiaran Subang Permai kira-kira 6.19 pagi semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu bas Rapid KL yang terlibat dalam kemalangan maut di Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor, ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketika ini, polis masih menyiasat punca kejadian berkenaan.

“Ujian alkohol dan saringan air kencing terhadap pemandu lelaki berusia 29 tahun itu, negatif,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang individu maut manakala seorang lagi cedera, selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah bas Rapid KL di Persiaran Subang Permai kira-kira 6.19 pagi semalam.

Kemalangan itu, membabitkan bas menuju ke Subang Mewah yang turut melanggar beberapa kenderaan lain, yang diparkir di bahu jalan berkenaan.

Susulan insiden tersebut, pihak Rapid KL menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, selain memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading