Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PM TURUN TANGAN BANTU SELESAI PERTIKAIAN TANAH ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI COT

UTAMA

PM TURUN TANGAN BANTU SELESAI PERTIKAIAN TANAH ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI COT

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited membantu menyelesaikan pertikaian tanah membabitkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran dengan membawa isu itu kepada perhatian Kerajaan Negeri Pahang.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited membantu menyelesaikan pertikaian tanah membabitkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran dengan membawa isu itu kepada perhatian Kerajaan Negeri Pahang.

Setiausaha Politik kepada Anwar selaku Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, Perdana Menteri akan bertindak sebagai pemudah cara bagi memastikan penyelesaian dapat dicapai segera secara adil, berhemah dan mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata, Anwar mengambil maklum isu berkenaan selepas menerima kunjungan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot bersama Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) di kediaman rasminya semalam, malah turut menghubungi sendiri wakil masyarakat itu bagi mendengar permasalahan yang dihadapi.

“Perdana Menteri menegaskan perkara itu akan dibawa ke perhatian Kerajaan Negeri Pahang memandangkan urusan pentadbiran dan pemilikan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada kerajaan negeri dalam urusan tanah. Namun begitu, beliau tidak pernah berdiam diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fakta dan prinsip Perlembagaan tidak seharusnya diputarbelitkan demi meraih keuntungan politik kerana tindakan itu bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah boleh melambatkan usaha mencari penyelesaian kepada masyarakat Orang Asli.

Beliau turut menyeru Kerajaan Negeri Pahang agar segera melaksanakan tanggungjawab di bawah bidang kuasanya supaya hak dan kebajikan masyarakat Orang Asli tidak terus terjejas akibat kelewatan membuat keputusan.

“Mereka berhak memperoleh penyelesaian yang adil, bermaruah dan tanpa penangguhan,” katanya.

Jumaat lalu, Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan akan membincangkan isu pertikaian tanah itu dengan Kerajaan Negeri Pahang memandangkan urusan tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading