Connect with us

ALHIJRAH NEWS

‘WALKOUT’ PEMBANGKANG DALAM ISU TABUNG HAJI ADALAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

UTAMA

‘WALKOUT’ PEMBANGKANG DALAM ISU TABUNG HAJI ADALAH TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Pada Isnin lalu, blok pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan mengenai laporan RCI TH selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, untuk meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA: Tindakan blok pembangkang meninggalkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ketika sesi penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin lalu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, semua Ahli Parlimen sepatutnya memanfaatkan peluang itu untuk membahaskan, meneliti dan mengemukakan pandangan bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isu yang membabitkan TH.

“Apabila ada Ahli Parlimen yang keluar tidak mahu membahaskan, maka saya merasakan itu bukanlah satu tindakan yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik seharusnya bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan laporan berkenaan.

Pada Isnin lalu, blok pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan mengenai laporan RCI TH selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, untuk meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mencadangkan supaya mesyuarat khas berkenaan ditangguhkan berikutan ketidakhadiran Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang sedang menerima rawatan akibat masalah kesihatan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading