Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AIR NAIK SELEPAS HUJAN LEBAT LEBIH ENAM JAM

DALAM NEGARA

AIR NAIK SELEPAS HUJAN LEBAT LEBIH ENAM JAM

Setakat 12.30 tengah hari, kawasan yang terjejas ialah Taman Ria Masjid Tanah dan Jalan Bandar Baru Masjid Tanah.

ALOR GAJAH: Dua kawasan di Alor Gajah dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama lebih enam jam sejak awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, setakat 12.30 tengah hari, kawasan yang terjejas ialah Taman Ria Masjid Tanah dan Jalan Bandar Baru Masjid Tanah.

“Kawasan berkenaan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai atau parit melimpah.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pemantauan berterusan di kawasan yang terlibat sedang dilakukan oleh anggota APM serta agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah penduduk dan rumah yang terjejas masih dalam proses dikenal pasti.

Hujan lebat berterusan turut dilaporkan berlaku di Melaka Tengah dan Jasin, namun setakat ini tiada kawasan di kedua-dua daerah itu dilaporkan dinaiki air. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading