RANG UNDANG-UNDANG MUFTI DIRUJUK KE MAJLIS RAJA-RAJA MINGGU DEPAN – PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata perincian berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Global MADANI Forum 2024 hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata perincian berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.
Beliau berkata buat masa ini RUU itu di peringkat perbincangan untuk diperincikan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.
“Kita sedang bincang dan dengar pelbagai pandangan… bermakna tidak ada pertikaian mengenai soal Sunnah Wal Jamaah, (kita) rujuk kepada (Mazhab) Syafie, Hanafi, Maliki atau Hambali dan pandangan-pandangan lain.
“Perincian itu ada dibincangkan dan saya serah kepada pakar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Global MADANI Forum 2024 yang bertemakan ‘Catalysing The Next Civilisational Revival’, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
Anwar berkata demikian semasa diminta mengulas laporan sebuah portal bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Mohd Na’im pada 2 Julai lepas.
Baginda dilaporkan bertitah demikian menerusi Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang kemudiannya membuat hantaran di Facebook.
Dalam perkembangan lain Perdana Menteri berkata beliau tidak menolak kemungkinan elemen sogokan sebagai punca menyebabkan usaha menghapuskan kegiatan pelacuran di ibu kota masih tidak berjaya, walaupun tindakan penguatkuasaan kerap dilaksanakan.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan pimpinannnya telah mengambil tindakan keras bagi membanteras kegiatan itu sejak tahun lepas, termasuk arahan diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh.
“Saya percaya jika ada sarang pelacuran, sarang perjudian haram, semua ini mesti ada elemen sogokan,” katanya yang turut menyifatkan kegiatan tidak bermoral itu telah berlarutan begitu lama.
Anwar berkata demikian semasa ditanya mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa kegiatan pelacuran di ibu kota masih tidak dapat dihapuskan, manakala Indonesia berjaya menutup pusat pelacuran terbesar Asia Tenggara yang terletak di Surabaya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests