Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEROSAKAN PERALATAN PMU DI YONG PENG PUNCA GANGGUAN ELEKTRIK

DALAM NEGARA

KEROSAKAN PERALATAN PMU DI YONG PENG PUNCA GANGGUAN ELEKTRIK

Tular di media sosial video PMU Yong Peng North yang terbakar.

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Menurut TNB, bekalan elektrik di kawasan mengalami gangguan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada 3:02 petang yang mana kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku, hasil usaha berterusan pasukan teknikal syarikat utiliti itu. 

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454,” menurut kenyataan itu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading