Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS GLOBAL MELEBIHI 4.8 JUTA KES

DUNIA

KORONAVIRUS GLOBAL MELEBIHI 4.8 JUTA KES

ANKARA: Kes jangkitan koronavirus melebihi 4.8 juta di seluruh dunia pada lewat malam Isnin, demikian menurut data Universiti Johns Hopkins.

Data universiti itu juga menunjukkan 318,465 kes kematian direkodkan dengan lebih 1.78 juta kes sembuh.

Amerika Syarikat (AS) menjadi negara terjejas teruk dengan lebih 1.5 juta COVID-19 dan 90,340 kematian.

United Kingdom (UK) di tangga kedua dengan 34,876 kematian diikuti Itali dengan 32,007 maut.

Seramai 28,242 maut di Perancis diikuti Sepanyol mencatatkan kes 27,709 kematian.

Sementara itu, Rusia berada di tangga kedua dari segi jumlah kes direkodkan dengan 291,000 kes diikuti Brazil, UK, Sepanyol dan Itali.

China yang juga groundzero bagi wabak itu mencatatkan 84,603 kes dengan kematian kekal pada 4,638 kes.

Virus itu merebak di 188 negara dan wilayah.

Sekalipun mencatat peningkatan kes, majoriti mereka dijangkiti mengalami gejala ringan sebelum sembuh. – Anadolu/Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading