Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES SELUDUP MINYAK MASAK: LIMA PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM

DALAM NEGARA

KES SELUDUP MINYAK MASAK: LIMA PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki termasuk lima penjawat awam kerana disyaki meminta rasuah dalam kes penyeludupan minyak masak bersubsidi, di sini, malam tadi. 

Gambar hiasan.

SEMPORNA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lelaki termasuk lima penjawat awam kerana disyaki meminta rasuah dalam kes penyeludupan minyak masak bersubsidi, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, lima penjawat awam itu dan seorang lagi lelaki yang disyaki bertindak sebagai orang tengah, dipercayai meminta rasuah RM20,000 daripada seorang individu bagi tidak mengambil tindakan ke atas anaknya yang menyimpan minyak masak bersubsidi untuk diseludup ke luar negara.

“Anak individu berkenaan disyaki melakukan kesalahan menyimpan kira-kira 100 kotak minyak masak subsidi dipercayai untuk diseludup ke luar negara, suspek berusia 29 hingga 50 tahun itu ditahan selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah kira-kira RM5,000 daripada individu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut. 

Katanya kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau hari ini untuk proses permohonan reman bagi tujuan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading